Isnin, 14 April 2014

Kelebihan Penternakan Ayam Kampung

  1. Ayam kampung mempunyai harga yang tinggi di pasaran.
  2. Ayam kampung ini boleh dibiakkan atau diternak sepanjang tahun.
  3. Dagingnya pejal, manis dan berprotein tinggi.
  4. Ayam kampung juga boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang tanpa perlu dikawal.
  5. Sisa-sisa makanan di rumah boleh diberikan dan dijadikan makanan ayam.
  6. Ibu ayam kampung ini dapat menetaskan telur dengan sendirinya.
  7. Ibu ayam kampung ini boleh mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk, hujan dan gangguan musuh.
  8. Kurang penyakit berbanding ayam komersial.