Rabu, 22 Julai 2015



Nuralis Agro Farm. Pusat Latihan Ternakan Ayam Kampung.
Lokasi : Desa Putera, Sg Merab, Kajang.

JAWATAN KOSONG.
A. Penolong Pengurus Ladang (3 kekosongan).

B. Marketing Executive (2 kekosongan).

C. Maintainence ladang (2 kekosongan).
Kelayakan : Diploma/ Degree Pengurusan Ladang atau Marketing. 
Berpengalaman dalam industri penternakan. 
Rajin. Ikhlas dan ingin berkembang maju.
Email resume : nuralis.agrofarm@gmail.com
 call/sms/whatsapp : 019 - 339 3838.

Gaji : negociable. Akan ditawarkan jadi pengarah syarikat dan instruktor kursus latihan.

Sebarkan kepada rakan2 yang ingin anda bantu utk peluang perkerjaan ini.
Tkasih.
Pengurusan Nuralis Agro.

Khamis, 26 Mac 2015

Potensi Ternakan Ayam Kampong


Ayam kampong berpotensi untuk diusahakan dan boleh mendatangkan hasil pendapatan yg lumayan. Bagaimanapun usaha meningkatkan penternakan ayam kampong ke taraf komersial sukar dilaksanakan kerana tahap pengeluaran dan prestasi ayam kampong yang rendah.
Ini kerana ayam kampong lambat membesar dan mempunyai saiz badan yang kecil jika disbanding ayam komersial pedaging. Ayam kampong juga menghasilkan jumlah pengeluaran telur yang sedikit dan tempoh pemeliharaan lama untuk dipasarkan. Ini menyebabkan kos untuk mengeluarkan anak ayam kampong adalah tinggi.
Ayam Kampong Kacukan (Ayam Kampung Baik Baka) akan diperkenalkan Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak Sabah melalui kaedah pengacukan antara ayam kampong jantan dengan ayam penelurkomersial betina. Hasil kacukan ini dapat menghasilkan anak ayam kampong yang boleh mengeluarkan jumlah telur lebih banyak dan saiz telur besar.
Selain itu, ia juga menghasilkan anak ayam yang mempunyai saiz badan lebih besar, berat badan yang tinggi serta dapat dipasarkan dalam tempoh lebih singkat dengan pemberian makanan komersial.
Ayam kampong kacukan lebih sesuai diternak dalam system pemeliharaan seperti system intensif, sarap tebal, berlantai atas dan semi intensif.
System intensif dikenali sebagai system kurung.
Ini bermakna ayam kampong kacukan dikurung setiap masa dan system ini memudahkan pemberian makanan, program pemvaksinan pengutan telur dan lain-lain.
Ayam kampong kacukan diternak dalam system lantai bawah bersarap tebal atau system lantai tinggi.
System sarap tebal menggunakan lantai simendan ia memudahkan kerja mencuci serta membasmi kuman.
Bahan sarap seperti ketaman kayu ditaburkan di atas lantai dengan sekata.
Sistem semi intensif ini adalah gabungan antara system intensif dan system ekstensif (bebas).
Ayam dibebsakan dalam kawasan berpagar ketika siang dan dikurubg ketika malam.
Pengurusan ayam kampong kacukan terbahagi kepada peringkat didikan, pembesaran, jualan dan pembiak.
Peringkat didikan ialah, peringkat anak ayam berumur satu hingga tiga minggu.
Vaksin diberi pada hari pertama dan vaksin ‘Fowl Pox’ pada minggu kedua.
Alat pemanas dipasang 24 hingga hari ke 14.
Bekas makanan jenis dulang digunakan dan anak ayam diberi air minuman bersih setiap hari.
Bekas makanan dan minuman ditukar ke bentuk gantung pada hari ke 21.
Jumlah makanan dan kematian dicatatkan.
Ketinggian bekas makanan dan minuman jenis automatic diselaraskan mengikut aras belakang ayam.
Peringkat jualan ayam pada umur 9 hingga 12 minggu.
Hanya ayam yang sihat dan cergas sesuai untuk dijual.
Ayam diberi makan jagung bagi memberi nilai khasiat pemakanan dan warna kulit yang kekuningan.
Pemberian antibiotic dua hingga tiga minggu sebelum penjualan.

Jumaat, 19 September 2014

[ Apa itu E.M??? dan kegunaannya ]
www.nuralisagrofarm.com.my

Di Malaysia - EM digunakan dalam sektor penternakan, pertanian, perikanan dan penjagaan Alam Sekitar. Selain mempercepatkan penguraian / pereputan sisa buangan organik & menyahbau tinja ternakan, kehadiran EM berupaya merencatkan / menghapuskan pembiakan bakteria parasit.

Kesan Penggunaan EM dalam Ternakan:
1. Mengurangkan bau busuk dengan ketara pada haiwan, reban dan tangki septik.
2. Mengurangkan populasi lalat, kutu, serta serangga berbahaya.
3. Membantu meningkatkan kesihatan ternakan.
4. Mengurangkan faktor tekanan pada haiwan dan meningkatkan immuniti melawan penyakit.
5. Meningkatkan kualiti produk ternakan serta jangka hayat ternakan.
6. Meningkatkan produktiviti ternakan.
7. Menjimatkan kos keperluan ternakan dari segi penggunaan ubatan, antibiotik dan antiseptik.

Kesan Penggunaan EM dalam pertanian:
1. Peningkatan nutrisi tanaman yang sedia ada 
2. Aktiviti hama dan penyakit/patogen dapat dikurang atau dihapuskan
3. Peningkatan aktiviti mikroorganisma indogenus yang menguntungkan, seperti Mycorhiza, Rhizobium, bakteria pelarut fosfat, dan lain-lain.
4. pengikatan Nitrogen- Mengurangkan keperluan baja dan racun kimia.

Maklumat lanjut sila like dan visit
https://www. Facebook.com/nuralisagrofarm/
Untuk tempahan secara online
sila layari http://www.nuralisagrofarm.com.my/
Untuk tempahan dan rebut harga promosi sila call/sms/whatsapp 
Puan Ema : 019-219 3838 
Setiap belian anda, akan disumbangkn ke tabung palestin.


EM SIAP BOTOL DAN LABEL

EN. SAUZI PAKAR DALAM MEMBUAT EM.
HUBUNGI : 019-219 3838

EM HARVEST 
EM HEALTH

EM SEPTIC

CARA MEMBANCUH EM



Rabu, 21 Mei 2014

BERITA BAIK UNTUK BAKAL PENTERNAK AYAM KAMPUNG ASLI & KACUK TAHUN 2020!!!!


Latihan Ternakan Ayam Kampung
Kepakaran kami adalah membantu penternak memperolehi
pendapatan sampingan yang luar biasa atau menjadi jutawan !!!

Masalah serius para penternak :
  • Ayam aku banyak sakit dan mati !!!
  • Ayam aku terbantut dan kurus kering...adoi.
  • Alamak…aku salah buat reban laa...
  • Macam mana nak buat E.M.???
  • Vaksin apa nak kasi? Aku tak tahu nak injek….
  • Aku takut nak sembelih !!! potong ayam lagi tak tahu....
  • Ayam ada tapi tak boleh jual !!!
  • Makanan apa nak kasi ??? dedak cukup ker ???
  • Mana nak belajar tetaskan telur ayam ???
  • Mana nak dapat bantuan ???

Nuralis Agro akan selesaikan masalah anda. Insya Allah.

Siapa patut datang?

  • Pesara/bakal-bakal pesara yang nak hidup senang.
  • Belia-belia yang nak hidup luar biasa.
  • Penternak ayam yang huru hara.

PADA AWAL 2020 TAHUN HADAPAN, NURALIS AKAN MEMBUKA KURSUS TERNAKAN UNTUK ANDA!
Makanan, penginapan dan sijil disediakan.

Untuk tempahan Hubungi :

019 - 219 3838 (Ema)
019 - 210 3769 (Pn. Lita Alis)

Bayaran tempahan: Nuralis Agro Sdn. Bhd.
RHB Bank: 266 016 0000 8212.

Alamat Latihan :

Nuralis Agro Farm
Jalan Haji Omar, Jalan Desa Putra, Sg. Merab Dalam,
43000 Kajang, Selangor.
Email : nuralis.agrofarm@gmail.com.

Sila Like www.facebook.com/NuralisAgroFarm

Peta ke ladang Nuralis Agro.

Rabu, 16 April 2014

Pelaksanaan Konsep Nuralis Agro

Penternakan Organik (Self sustain with high quality product).

Pada tahun pertama, kami telah membeli anak ayam kampung dari Melaka dan Jenderam Hulu.

Sebanyak 900 ekor anak ayam di masukkan ke ladang setiap bulan selama enam bulan.

Pada bulan ke tujuh, kami telah mempunyai 5,000 ekor ayam berbagai peringkat.

Anak ayam berumur satu hari hingga 30 hari di tempatkan di tempat khas yang berlampu dan diberi makanan dedak permulaankan. Anak ayam berumur 30 hari hingga 60 hari pula di tempatkan di reban khas yang membolehkan mereka mengais di tanah.

Selepas berumur 60 hari, ayam akan di tempatkan di reban dewasa selama 2 minggu untuk membiasakan tempat mereka tidur dan makan.

Selapas itu ayam akan di lepaskan di tanah seluas 2 ekar.

Ayam mula bertelur pada bulan ke tujuh.

Semua telur ini akan di tempatkan di “egg incubator” selama 21 hari.

Kami mempunyai 24 reban induk pembiakan intensif dimana ayam yang sihat dan baka yang terbaik di tempatkan dengan nisbah satu jantan kepada sepuluh betina.

Selepas setahun kami berjaya mengutip 250 biji telur sehari atau 7000 telur sebulan.

Kami menjangkakan sekiranya kami terus mengekalkan konsep penternakan bersepadu ini, bilangan ayam dewasa, telur ayam dan anak ayam akan terus berganda mengikut masa.

Isnin, 14 April 2014

Kelebihan Penternakan Ayam Kampung

  1. Ayam kampung mempunyai harga yang tinggi di pasaran.
  2. Ayam kampung ini boleh dibiakkan atau diternak sepanjang tahun.
  3. Dagingnya pejal, manis dan berprotein tinggi.
  4. Ayam kampung juga boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang tanpa perlu dikawal.
  5. Sisa-sisa makanan di rumah boleh diberikan dan dijadikan makanan ayam.
  6. Ibu ayam kampung ini dapat menetaskan telur dengan sendirinya.
  7. Ibu ayam kampung ini boleh mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk, hujan dan gangguan musuh.
  8. Kurang penyakit berbanding ayam komersial.