Penternakan Organik (Self sustain with high quality product).
Pada tahun pertama, kami telah membeli anak ayam kampung dari Melaka dan Jenderam Hulu.
Sebanyak 900 ekor anak ayam di masukkan ke ladang setiap bulan selama enam bulan.
Pada bulan ke tujuh, kami telah mempunyai 5,000 ekor ayam berbagai peringkat.
Anak ayam berumur satu hari hingga 30 hari di tempatkan di tempat khas yang berlampu dan diberi makanan dedak permulaankan. Anak ayam berumur 30 hari hingga 60 hari pula di tempatkan di reban khas yang membolehkan mereka mengais di tanah.
Selepas berumur 60 hari, ayam akan di tempatkan di reban dewasa selama 2 minggu untuk membiasakan tempat mereka tidur dan makan.
Selapas itu ayam akan di lepaskan di tanah seluas 2 ekar.
Ayam mula bertelur pada bulan ke tujuh.
Semua telur ini akan di tempatkan di “egg incubator” selama 21 hari.
Kami mempunyai 24 reban induk pembiakan intensif dimana ayam yang sihat dan baka yang terbaik di tempatkan dengan nisbah satu jantan kepada sepuluh betina.
Selepas setahun kami berjaya mengutip 250 biji telur sehari atau 7000 telur sebulan.
Kami menjangkakan sekiranya kami terus mengekalkan konsep penternakan bersepadu ini, bilangan ayam dewasa, telur ayam dan anak ayam akan terus berganda mengikut masa.